Monday, January 30, 2012

DI PENTAS KEBEBASAN


Kamu membakar hutan bandar

kedai dan kereta disambar api kemarahan semarak

darah generasi abad dua

puluh satu

siapa yang ditentang juga jelas

menegakkan keadilan dengan tangan kasar

meja rundingan pun turut dibakar

Seorang tua termanggu melihat kejadian

peristiwa yang tidak terlintas di fikiran

apakah yang dicari wahai anak muda?

Aku yang membina tiang kemerdekaan

kau bersorak bangga mematahkan

Aku yang mengecat tugu sejarah

putih bersih sedap mata memandang

kau conteng dengan niat hitam.

Jari terketar tak mampu menampar

tangannya letih hendak menangani

mereka yang bingung di pentas kebebasan

tercari-cari nama negeri bumi yang dipijak

sedangkan ladang sudah dibajak

benih sudah dipilih untuk disemai

Orang tua itu berbisik sedih

aku membina kamu meruntuhkan.

31 OGOS, 1957

Engkau tarikh keramat

kami terlepas daripada belenggu

akan kami kenang sampai bila-bila

KHADIJAH HASHIM

Taman Tun

Dr Ismail,

Kuala Lumpur

upgrade new entry

hi assalamualaikum semua apa khabar harap semua baik2 shje... dh lmer sye x update kt blog nie..disebabkan kekurangan perkara nak sa...