Kamu membakar hutan bandar
kedai dan kereta disambar api kemarahan semarak
darah generasi abad dua
puluh satu
siapa yang ditentang juga jelas
menegakkan keadilan dengan tangan kasar
meja rundingan pun turut dibakar
Seorang tua termanggu melihat kejadian
peristiwa yang tidak terlintas di fikiran
apakah yang dicari wahai anak muda?
Aku yang membina tiang kemerdekaan
kau bersorak bangga mematahkan
Aku yang mengecat tugu sejarah
putih bersih sedap mata memandang
kau conteng dengan niat hitam.
Jari terketar tak mampu menampar
tangannya letih hendak menangani
mereka yang bingung di pentas kebebasan
tercari-cari nama negeri bumi yang dipijak
sedangkan ladang sudah dibajak
benih sudah dipilih untuk disemai
Orang tua itu berbisik sedih
aku membina kamu meruntuhkan.
31 OGOS, 1957
Engkau tarikh keramat
kami terlepas daripada belenggu
akan kami kenang sampai bila-bila
KHADIJAH HASHIM
Taman Tun
Dr Ismail,
Kuala Lumpur
No comments:
Post a Comment